Bayaran Balik
Polisi Bayaran Balik
Kemas kini terakhir: 2 Oktober 2026
Sila baca polisi ini sebelum membuat pembayaran.
1. Tiada Bayaran Balik
Semua bayaran kepada Sejiwa adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan dalam apa jua keadaan. Ini termasuk:
- Kad kahwin digital (standard dan premium).
- Reka bentuk kad khas.
- Promosi dan penyenaraian vendor.
2. Sebelum Membayar
Kad kahwin digital adalah produk digital yang diaktifkan serta-merta selepas pembayaran. Sila semak reka bentuk, pratonton dan harga sebelum membuat pembayaran. Dengan menyelesaikan pembayaran, anda mengakui dan bersetuju bahawa tiada bayaran balik akan dibuat.
Bayaran balik juga tidak akan dibuat atas sebab perubahan fikiran, pembatalan atau penangguhan majlis, atau kesilapan maklumat yang dimasukkan oleh pengguna. Butiran kad boleh dikemas kini sendiri pada bila-bila masa melalui papan pemuka.
3. Masalah Teknikal
Jika kad anda tidak diaktifkan selepas pembayaran atau tidak dapat diakses, hubungi kami di hello@sejiwa.my atau WhatsApp +60 11-1097 5317 dengan rujukan pembayaran anda. Kami akan membantu menyelesaikan masalah tersebut supaya anda menerima perkhidmatan yang telah dibayar.
Maklumat Perniagaan
Sejiwa Studio
No. Pendaftaran SSM: 202603223335 (003882274-U)
Selangor, Malaysia
Emel: hello@sejiwa.my · WhatsApp: +60 11-1097 5317