Panduan
Cara buat kad kahwin digital anda
Lima langkah mudah — pilih reka bentuk, bayar sekali, kemudian isi butiran majlis dan kad anda terus siap untuk dikongsi.
- 1
Pilih reka bentuk
Layari galeri reka bentuk kami dan pilih gaya yang paling anda suka.
- Tekan mana-mana reka bentuk untuk pratonton skrin penuh.
- Guna carian & tapisan (Berbunga, Diraja, Songket, dll.) untuk cari dengan cepat.
- Bila dah jumpa yang berkenan, tekan “Guna Reka Bentuk Ini”.
- 2
Bayar
Satu bayaran sahaja — tiada langganan, tiada caj tersembunyi.
- Masukkan emel anda — kami hantar kod 8 digit ke emel tersebut.
- Masukkan kod untuk sahkan (tiada pendaftaran akaun yang panjang).
- Ada kod diskaun? Masukkan di ruangan “Ada kod diskaun?”.
- Bayar dengan selamat melalui FPX / online banking (CHIP).
- 3
Isi butiran majlis
Selepas bayar, isi maklumat majlis anda — semuanya muncul terus pada kad.
- Nama pengantin, nama penuh, serta nama ibu bapa kedua-dua pihak.
- Tarikh & masa akad dan/atau resepsi, dewan dan alamat.
- Pilihan tambahan: teks aluan, atur cara majlis, kod pakaian, lagu latar (MP3 atau pautan YouTube), galeri foto, dan hashtag majlis.
- 4
Semak kad anda
Lihat kad sebenar dengan butiran anda, dan ubah bila-bila masa.
- Kad dikemas kini serta-merta setiap kali anda menyimpan butiran.
- Boleh tukar reka bentuk bila-bila masa tanpa caj tambahan.
- 5
Kongsi & urus
Kad anda diterbitkan secara automatik sebaik pembayaran disahkan.
- Dapat pautan kad yang boleh dikongsi terus ke WhatsApp.
- Tetamu boleh RSVP terus melalui kad — anda lihat semua respons di papan pemuka.
- Boleh edit butiran dan urus senarai tetamu bila-bila masa.
Ciri-ciri
Semua yang anda perlukan, dalam satu kad
Reka Bentuk & Tema
12 tema kad percuma dan lebih 100 tema Premium — setiap satu dengan gaya, animasi, dan fon sendiri.
- Kad Standard: 12 reka bentuk klasik, kad satu skrin.
- Kad Premium: 100+ tema — sakura & bunga bergerak, monogram ukiran, ilustrasi comel, seni bunga klasik, motif songket, dan banyak lagi — dalam paparan skrol panjang.
- 4 pilihan fon (Klasik, Anggun, Moden, Skrip Lembut).
- Sudah beli Premium? Tukar antara reka bentuk Standard & Premium bila-bila masa, tanpa caj tambahan.
Peribadikan Setiap Butiran
Setiap ruangan pada kad anda boleh diubah — bukan sekadar nama dan tarikh.
- Nama ringkas & penuh, nama ibu bapa kedua-dua pihak, sokongan majlis kembar (double wedding).
- 3 sesi majlis berasingan — Pertunangan, Akad Nikah, Resepsi — setiap satu dengan tarikh, masa & lokasi sendiri.
- Pautan Google Maps & Waze, atur cara majlis, kod pakaian + palet warna, galeri foto, lagu latar, hashtag majlis.
- Hadiah & Senarai Hadiah — kod QR untuk hadiah wang, atau senarai barang dengan pautan terus.
- Bahasa Malaysia atau English — anda pilih.
RSVP & Pengurusan Tetamu
Tetamu RSVP terus dari kad; anda urus semuanya dari satu papan pemuka.
- Borang RSVP terbina dalam pada setiap kad — pilihan Hadir / Tidak Hadir / Mungkin.
- Wajibkan nama setiap tetamu, tanya pilihan makanan, atau hadkan jumlah kehadiran.
- Tambah tetamu sendiri, susun ikut meja, semak status RSVP semua orang di satu tempat.
- Dinding ucapan (pilihan) — papar ucapan tetamu terus pada kad.
Perancang Bajet
Jejak setiap ringgit perbelanjaan majlis anda.
- 10 kategori perbelanjaan biasa disediakan automatik, dengan cadangan bajet permulaan RM60,000.
- Tambah kategori & item sendiri — kos anggaran, kos sebenar, status bayaran, tarikh akhir.
- Ringkasan automatik: jumlah bajet, diperuntukkan, dibelanjakan, dan baki.
Checklist Majlis
Tak tertinggal satu perkara pun.
- 24 tugasan disediakan automatik mengikut garis masa 12 bulan hingga hari majlis.
- Tambah tugasan sendiri, tanda selesai, jejak peratus kemajuan persediaan.
Pembantu AI
Akan DatangTanya soalan perancangan majlis, terus dapat jawapan.
- Tanya tentang bajet, adat istiadat, hantaran, vendor, dan banyak lagi — dalam Bahasa Malaysia atau English.
Perkara berguna
Pakej & harga
Kad Digital (paparan penuh berskrol) RM49 — bayaran sekali sahaja, tiada yuran bulanan.
RSVP terbina dalam
Setiap kad ada borang RSVP. Anda boleh hadkan jumlah kehadiran dan bilangan pax setiap tetamu jika perlu.
Lagu latar
Tambah lagu dengan menampal pautan YouTube atau fail audio (MP3) — ia dimainkan pada kad yang diterbitkan.
Tukar reka bentuk bila-bila masa
Selepas bayar, anda masih boleh tukar reka bentuk tanpa caj tambahan.
Perlukan bantuan? WhatsApp +6011-1097 5317